Saturday, January 24, 2009

Bola Sepak


Bola sepak Sepanyol punya cerita. Dalam pertandingan minggu lalu, antara kelab Sevilla menentang Deportivo La Coruna, Fredrick Kanoute, penyerang Sevilla yang beragama Islam dan berasal dari Mali, setelah menjaringkan bola ke gawang lawan, membuka bajunya untuk memperlihatkan kaos dalamnya yang bertuliskan "Palestine". Kata Palestin itu ditulis juga dalam beberapa bahasa yang lain. Ini tentu saja dimaksudkan sebagai dokongan Kanoute kepada Palestin yang tengah digempur oleh pasukan Israel di Gaza.

Aksi Kanoute tersebut tetap membuahkan hukuman kad kuning dari pengadil yang memimpin pertandingan. Esoknya, Federasi Sepak Bola Sepanyol (REF) mengenakan denda kepada Kanoute sebanyak 3000 euro atau sekitar Rp. 45 juta. Keputusan Federasi Sepak Bola Sepanyol ini menimbulkan aksi protes dari segala penjuru. Peraturan federasi Spanyol melarang para pemain menunjukkan berbagai publisiti atau slogan-slogan sepanjang pertandingan berlangsung. Menurut federasi itu, hukuman tersebut tidak mempermasalahkan sifat dasar politik dari pesan itu. Tetapi mereka menyoroti fakta bahawa sang pemain telah menunjukkan suatu maklumat yang dinilai melanggar peraturan.

Tanggapan Kaonute? "Itu merupakan sesuatu yang saya rasa mesti saya lakukan. Setiap orang seharusnya merasa bertanggung jawab saat menyaksikan ada suatu situasi yang sangat tidak adil itu. Saya merasa 100 persen bertanggung jawab atas apa yang saya lakukan dan saya tidak takut atas sanksi itu,” ujarnya kepada televisyen swasta Telecinco.

Sebenarnya, Kanoute sudah lama mahu melakukan aksi itu, seminggu setelah Israel menggempur Gaza. 4 Januari lalu, ia terlihat memakai baju dalam yang sama, yang tembus dari jersey-nya di tengah guyuran hujan. Sayangnya dia tidak berhasil menjaringkan gol.

Aksi Kanoute itu banyak mendapat dokongan, salah satunya dari Josep Guadiola, pelatih Barcelona. Sanksi yang dirasa Guardiola sebagai bentuk ketidakadilan untuk striker asal Mali tersebut. Menurutnya, seharusnya REF mempelajari lebih dulu apakah pemain itu patut diberikan denda atas tindakan dari pemain yang bersangkutan.

Kanoute memang dikenal sebagai muslim yang taat dan kerap bangga menunjukkan identiti keyakinannya itu. Pada tahun 2007 misalnya, pemain terbaik Afrika 2007 ini pernah memberikan gajinya selama setahun, sebesar 700.000 dolar AS atau sekitar Rp 7 miliar untuk menyelamatkan masjid terakhir yang ada di Sevilla. Masjid tersebut mulanya akan dijual kerana populasi Muslim di kota tersebut mulai menurun. Pemerintah setempat pun akhirnya memberi nama tempat ibadah tersebut sesuai dengan sang pembeli.

"Jika tidak ada Kanoute, kami tidak akan beribadah pada hari Jumat lagi, di mana itu adalah hari yang suci bagi umat muslim," tukas wakil dari komuniti Islam Sepanyol, sesaat setelah Kanoute membeli Masjid tersebut, seperti dilansir AFP.

(Dipetik dari blog Satu Umat)

Tuesday, January 20, 2009

Maaf~

Maaf kerana tak dapat post entry baru,
Sedang "bermusafir",
Insyaallah minggu depan kembali ke pangkal jalan,
Boleh la post entry baru,
heheh

Friday, January 16, 2009

Boikot Baek..



Salam Alaik

Baru tadi berjalan-jalan di sebuah pasaraya yang agak terkemuka..
Terjumpa la seorang abang tu,(bekas rakan sekerja)
Dia jaga kaunter produk dari Amerika
Tanya dia,sale macam mana?
Jawab dia..bagus!
Dah 3 hari tak buka bill
Barang Amerika kena boikot punya pasal..
BAGUS!!
Rakyat Malaysia amnya masih perihatin..
Abang tadi lagi suka..
Siap syor lagi pada pelanggan,
Ini barang Amerika,kena boikot..
Abang tu bukan rugi apa-apa pun..
Contoh yang baik untuk semua..
Kepada umat Islam khususnya,
Di akhirat nanti anda akan didakwa..
Oleh insan yang gugur syahid disana..
Di saat kami menderita,
DI MANA ANDA??!!
Bantulah sekadar termampu,
At least BOIKOT saja la..
Dari hisap MARLBORO,
Tukar la kepada SURIA..
(AMARAN DARI KERAJAAN SEANTERO DUNIA,MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN)
Lagi afdal,tak payah beli terus rokok tu..
Tutup bab rokok.
Masuk bab baru..
Air COCA-COLA
Kalau tak minum,tak mati punya..
Minum banyak-banyak la boleh mati..
Dekat Israel,mana ada jual air tu..
Depa pun tau,menda tu bulih buat mandul,
So,rentikan la minum menda tu..
Tu baru bab COCA-COLA,
tak masuk air lain lagi,
termasuk air kencing syaitan tu..
MELAYU KITA,TOGOK SELAMBA..
Dah tu camna??
HADHARI LA KATANYA..
"Maju dan Bertamadun" kononnya..
Tutup bab air.
Macam-macam lagi la barang depa (Amerika dan sekutunya)
Senang cerita,BOIKOT JE LA!!
Betul niat,dapat pahala
InsyaAllah,keberkatan tu ada..
Yang penting,dapat tolong saudara kita disana
Marilah kita...

Tuesday, January 13, 2009

Huhh..

Kehidupan seharian yang agak membosankan,
Hari ni ada rezeki,dapat kerja baru,
Tapi tak tau lagi macam mana keadaan kerja tersebut,
Tak tau berapa lama boleh tahan,
Waktu kerja pun tak la lama sangat,
Gaji?Not too bad..
Daripada bangun pukul 1pm,
Duduk "melangut" depan TV sampai petang,
Makan,Tido berulang-ulang,
Tapi berat tak naik-naik jugak,
At least dapat kumpul duit nak beli barang idaman
Yuran sekolah pun tak boleh dilupakan,
Keris dan gitar...tunggu daku!!

Sunday, January 11, 2009

BOIKOT!!

Redaksi 2008


Team Redaksi 2008
Design majalah sekolah
Tapi belum siap lagi la..
Mungkin akhir bulan ni siap.
InsyaAllah
(Ramai sangat dalam pic ni,tak boleh nak sebut
nama ahli,sorry)
Em..apa khabar Cikgu Sharwanie sekarang..

Sekolah..


Dengan penuh sukacitanya kami bergambar di koridor "Terminal 5" walaupun beberapa hari lagi menjelang peperiksaan "penting".
(Asyran,Saiful,Asyraf,Redha(Sayyid),Rasyid(Jabang),Firdaus(Stepek),
Ammar,Faiz(Sebes))

Saturday, January 10, 2009

Program Latihan Silat Seni Gayong SMAI di Balok Mei 2008







Program latihan...
Ataupun program release tension bagi budak-budak aspura dan aspuri.
Alhamdulillah program dapat dijalankan walaupun pada awalnya mendapat tentangan daripada beberapa pihak tanpa alasan yang munasabah.
Diharap Kelab Silat Seni Gayong Malaysia SMAI dapat mengadakan lagi aktiviti sebegini pada tahun-tahun berikutnya.
Ribuan terima kasih kepada individu yang terlibat/menyertai program ini terutamanya Cikgu Ariffin selaku gurulatih Silat Seni Gayong Malaysia SMAI.
Tak lupa juga pada sahabat dari Kuala Lumpur.Eiji,Epy,Nad dan beberapa sahabat yang lain.
Mekasey!!

Monday, January 5, 2009

Keris

Keris..
Kenapa ianya selalu dikatakan punca kepada pelbagai masalah seperti kerasukan,gangguan makhluk halus dan sebagainya?
Kenapa keunikan keris dan senjata-senjata Melayu yang lain selalu disalah-ertikan?
Seperti gambar di sebelah,kesemua keris ini ''berdiri'' kerana kehalusan buatannya dan ketinggian ilmu si pembuatnya,bukan kerana bantuan ''benda lain''.
Bengkung itu digunakan kerana permukaan jubin yang menggerutu dan menyukarkan kerja mendirikan keris-keris tersebut(bukan ngelat ye..)
(Proses suka-suka mendirikan keris bersama Cikgu Ariffin,Amzari,Ahyad dan Zufri)

P/S:Cikgu,sorry ye,promote keris sikit..heheh..

(peh..skema gila ayat dalam artikel ni,heheh )

SPM 2008







SPM 2008,
Last day,paper Ekonomi Asas.Student 5AK,IA dengan IK je,student 5 ALFA 1&2 dah merdeka sehari sebelumnya..
Masing-masing nampak kusyuk menjawab,senyap je..
Alhamdulillah,dapat pengawas peperiksaan yang sporting habis..
Harap-harap dapat result yang baik,amin..