Friday, February 20, 2009

Alhamdulillah

Hari rabu baru-baru ni,
balik dari latihan silat,pergi makan-makan kat Air Putih,
lepak situ sampai pukul satu setengah pagi,
masa on the way nak balik,
tiba-tiba ada road block lepas jambatan Tanah Putih,
kalau patah balik mesti kena kejar,
tawakkal jelah,dengan selambanya move forward,
pakcik polis tu pun panggil..
"Dari mana?"pakcik tu tanya,
"Balik bersilat,pakcik", jawabku.
Aku pun tanpa diarah,terus buka wallet tunjuk ic dan lesen yg dah expired,
"Ni camna ni?"Tanya pakcik tu sejurus selepas menyuluh lesenku,
"Tu la pasal pakcik,ahad ni saya ada amali kereta.."Aku menjawab dengan selamba..
"Em..takpe lah,aku buat tutup mata jelah,lagipun ramai orang ni,"Balas pakcik tersebut..
"Terima kasih banyak-banyak pakcik."Jawabku berulang-ulang kali.
Fuhh..selamat aku..
Aku tengok orang lain sampai kena turun motor buat urine test la,
Dah la masa tu aku bawa senjata,balik bersilat la katakan..
kad keahlian Gayong pun expired.Hahahaha..
Memang Allah nak tolong aku masa tu.
Alhamdulillah =)

Wednesday, February 11, 2009

Mental?

Bengang tak rasanya bila..

- Edit pic yang agak mencabar(banyak pulak tu),dalam keadaan mouse rosak !!

- Guna laptop yang virusnya "berkapoh" !!

- Buat kerja dalam keadaan sakit hati sebab nyamuk banyak sangat(dah berkali-kali tukar jenis ubat nyamuk,tapi sama je)!!

Rasa macam nak mengamuk aje,tapi nasib baik waras lagi.
Rupa-rupanya,tahap kesabaran aku masih senipis kulit bawang lagi..
Ni baru ujian kecil,
Kalau dapat ujian yg betul-betul mencabar entah macam mana la ye?

Saturday, February 7, 2009

Pic Organisasi PSSGM/SMAI 2008

Pic candid masa hari penggambaran..
Boleh dikatakan seludup juga la..
Tapi halal..(Apa ngarut ni?)
Kalau ada ahli PSSGM/SMAI 2008 nak pic ni,
Silakan~

KLIK SINI UNTUK MELIHAT GAMBAR

Tuesday, February 3, 2009

ArrGh

Frankly said,aku rasa bersalah gila kat "dia"!!
Sejak trial exam dulu lagi~
Tapi aku segan nak contact "dia" semula~
Mesej "dia" aku simpan lagi~
Satu satunya mesej yang lama aku simpan~
Mesej paling bermakna yang dihantar sehari sebelum SPM..
Arrgh!!!

(Post ni takde kaitan dengan cerita jiwang-jiwang)
(Aku bertanya kepada diri sendiri,kenapa aku post mende ni?)